Mini spa di rumah juga sebenarnya merupakan sauna ringkas yang mampu memanja dan merehatkan diri. Wap digunakan bagi melembutkan kulit dan membantu untuk membuka liang pori-pori sebelum kamu boleh melakukan proses membuang sel kulit mati dan bintik hitam dengan mudahnya. Jadi, bagaimana langkah selanjutnya, teruskan bacaanmu ya!
Langkah pertama, bersihkan wajahmu menggunakan sabun lembut atau pencuci muka dan seterusnya gunakan skrub berasaskan bahan semulajadi seperti ekstrak buah-buahan dan biji-bijian bagi menanggalkan sel kulit mati pada wajah.
Langkah kedua, kamu hanya perlu mengambil mangkuk berisi air suam dan jika kamu ingin lebih relaks dan santai, tambahkan beberapa titis lavender, rosmary, chamomile atau eucalyptus ke dalam air tersebut.
Langkah ketiga, kamu sudah bersedia untuk menjalani rawatan wap muka dalam tempoh 5 hingga 10 minit. Tetapi, pastikan sebelum itu kamu menggunakan tuala kecil untuk menutup muka yang bertujuan menghalang haba air panas tadi menjadi sejuk dan benar-benar meresap ke dalam kulit wajahmu.
Dekatkan muka kamu dengan bekas air tadi dalam jarak 10 inci agar wap air suam tidak membuatkan kulit wajah kamu melecur. Jika bukaan liang roma kamu kecil, masa yang diperuntukkan untuk proses stim adalah sekejap sahaja. Kaedah ini bagus diamalkan sebab ia bertindak mengecilkan saiz liang pori muka kamu dan amat mudah menanggalkan lebihan kotoran dan minyak di wajah.
Langkah keempat, setelah selesai, lapkan wajahmu dengan tuala bersih dengan lembut. Awas, jangan sesekali mengeringkan wajahmu dengan cara menggosok kulit dengan kasar tetapi dengan cara menekan tuala di kulitmu dengan lembut.
Langkah kelima, jika kulit wajah kamu agak berminyak, gunakanlah topeng rawatan muka yang mengandungi campuran bahan tanah liat atau lumpur yang dibenarkan dan ikut arahan yang betul. Biarkan ia kering dalam tempoh 5 atau 10 minit. Manakala untuk kulit wajah jenis berminyak, kamu disarankan menggunakan topeng pelembap.

Bagi kulit jenis kombinasi, terutama di bahagian t-zon iaitu dahi dan hidung serta kulit yang kering, kamu digalakkan menggunakan topeng pelembap di kawasan kering. Sebaliknya penggunaan topeng muka daripada bahan tanah liat atau lumpur boleh digunakan pada kawasan muka yang berminyak.
Langkah keenam, Bilaskan wajah dengan air sejuk kerana dapat membantu untuk mengecilkan liang pori-pori kamu sebelum kamu boleh menyapukan pelembap menggunakan kapas muka dengan sapuan yang sekata. Ok. Selamat mencuba!
Kamu Boleh Cuba!
L'Occitane Olive

Mud Face Scrub
Origins A Perfect World
Deep Cleanser with White Tea
Pure & Radiant Mask
No comments:
Post a Comment