Monday, June 1, 2009

The Last House On The Left

Tarikh Tayangan: 18 Jun 2009
Pengarah: Dennis Iliadis
Pelakon: Tony Goldwyn, Monica Potter, Sara Paxton, Garret Dillahunt, Martha MacIssac.

Genre: Thriller

ADAPTASi daripada siri novel seram mengerikan. Mengisahkan Mari, seorang anak gadis yang telah mengubah corak hidupnya yang liar. Segala-galanya berubah selepas dia sekeluarga terpaksa bertahan dan berjuang meneruskan kehidupan selepas kematian abangnya. Tetapi sebaliknya keadaan menjadi bertambah buruk dan Mari kemudiannya mengambil keputusan bercuti bersama temannya Paige untuk melapangkan fikiran. Namun, mereka telah jatuh ke tangan kumpulan samseng Krug yang juga merupakan bekas banduan. Sepanjang tempoh itu, budak-budak perempuan itu telah disiksa secara kejam hingga separuh mati oleh kumpulan tersebut.
















No comments:

Post a Comment