Thursday, June 25, 2009

Lindungi Kulit Dari Perit Mentari

BAGI wanita moden hari ini, sama ada bekerja atau suri rumah sepenuh masa, penjagaan kulit sudah menjadi satu keperluan, dan tidak lagi dianggap sebagai lambang kemewahan.

Losyen Pelindung Suria SPF 30 Safi Balqis UV White x2 Plus Q10 Sun Block Moisturising Lotion SPF 30, disasarkan kepada wanita Melayu yang mahukan kulit lebih cerah kerana ciri pemutihan berganda menghidratkan dan membantu menyeratakan warna kulit. Sistem penapisan UVA dan UVB berkesan melindungi sel kulit di lapisan lebih jauh di dalam daripada penuaan dan kerosakan disebabkan sinar UV.

Berbeza daripada pelembap tabir suria lain yang berasaskan krim, losyen Safi Balqis yang disahkan halal adalah lebih ringan, membuatkan kulit terasa segar dan kurang berminyak.

Satu lagi perbezaan penting ialah Safi Balqis dengan SPF 30 memberikan perlindungan yang dipertingkatkan daripada cuaca panas sedangkan produk perlindungan matahari lain hanya mempunyai SPF 15.


Losyen Safi Balqis lebih ringan, membuatkan kulit terasa segar dan kurang berminyak

Formula Safi Balqis UV White yang tidak melekit juga mengandungi Nano Q10, ia berupaya menembus jauh ke dalam dermis dan merangsang sel kulit mengeluarkan lebih banyak kolagen bagi membolehkan ia membaharui dan menegangkan kulit, menjadikan kulit lembut dan licin bila disentuh.

Selepas penggunaan secara konsisten selama tiga minggu, wajah kamu pasti cerah, bersih dan berseri. Pek 80 ml Losyen Pelindung Suria SPF 30 Safi Balqis UV White x2 yang berharga RM15.90 (Malaysia Barat ) boleh didapati di farmasi, pasar raya dan pasar raya hiper.

No comments:

Post a Comment