Antara tips-tips untuk kamu mendapatkan bentuk badan idaman yang boleh diamalkan adalah seperti dibawah:-
Give Up Soda
Ini adalah benar – Soda mengandungi banyak kalori di dalamnya dan ia juga dapat menbantu kamu berjaga seharian. Tetapi soda boleh menyebabkan gigi kamu mengakis dan saiz pinggang kamu semakin bertambah tanpa sebarang amaran. Malah minuman bergula memberikan kesan acidity terhadap saliva pada bahagian gigi kamu, besar kemungkinan ia mempercepatkan lagi pertumbuhan kaviti pada gigi. Tambahan pula penggunaan berterusan soda dan minuman bergula lain akan memberi kesan pada gangguan proses pencernaan. Jika kamu boleh mengurangkan pengambilan soda dalam minuman seharian dan belajar menggantikannya dengan segelas air suam setiap hari. Percayalah bahawa air sangat baik untuk tubuh badan kamu, dapat membantu membuang toksin daripada tubuh badan, dan akan sentiasa memastikan kamu hidrat selalu. That’s a lot more than we can say for soda!
Pass Up Salty, Greasy Fast Food
Kamu perlu mengurangkan pengambilan makanan segera seperti KFC, MC Donalds atau makanan tidak sihat lain. Kebanyakan makanan segera ini mengandungi serbuk perasa tiruan, garam, dan minyak berlebihan. Jika kamu ingin mendapatkan bentuk tubuh idaman, kamu perlu mengurangkan pengambilan makanan segera ini. Jika terlalu sukar untuk berhenti, sekurang-kurangnya cubalah kurangkan jumlah pengambilannya dan gantikan dengan salad, buah-buahan segar, atau sandwich sayuran.
Shut Out The Sugar
Coklat dan candy adalah makanan kegemaran kaum wanita, maklumlah rasa kedua-dua makanan ini sedap dan manis. Tapi kalau kamu selalu amalkan memakan coklat dan candy tanpa kawalan, kalori gula boleh terkumpul di bahagian perut, kaki, dan pinggang kamu. Jadi apa yang patut kamu lakukan? Caranya mudah sahaja iaitu kamu perlu tukar kepada mengamalkan makan lobak merah dan biskut bijiran apabila kamu berasa lapar. Gantikan ia sebagai snek ringan apabila kamu terasa ingin mengunyah sesuatu ketika menonton tv atau membaca. Kamu perlu kurangkan pengambilan makanan yang manis dan bergula dalam diet seharian. Lebihkan makanan yang mengandungi fiber dan serat tinggi seperti oat, biskut bijiran, dan cereal.
Tubuh yang sempurna sentiasa menjadi igauan wanita!
Stop Eating Before Bed
Adakalanya tanpa ragu, kamu sudah terbiasa makan berlebihan menjelang waktu tidur. Kamu rasa seronok dapat tidur dengan perut yang kenyang dan rasa puas hati. Tapi jika kamu menghadkan masa makan secara konsisten, percayalah kamu dapat elakkan daripada tubuh badan kamu menjadi gemuk dan obesiti. Jikalau sesekali kamu ingin mengunyah sedikit snek sebelum masuk tidur apa salahnya, cuma jangan dijadikan satu amalan. Tentukan rutin pemakanan harian kamu, kalau boleh biar yang berkhasiat dan seimbang. Ini kerana, semasa tidur kamu tidak memerlukan tenaga lebih jika ingin dibandingkan ketika bekerja.
Senaman
Senaman adalah cara terbaik untuk kamu mendapatkan bentuk tubuh badan yang diidamkan. Tidak kiralah sama ada kamu melakukan senaman seperti berjalan, berjogging, berbasikal, berlari, berenang dan sebagainya. Malah dengan amalan bersenam ia dapat menjaga tubuh badan, minda dan jiwa kamu sekali. Lakukan senaman mengikut kesesuaian dan keperluan tubuh badan kamu. Pastikan kamu melaksanakan diet seimbang, lakukan senaman secara harian dan kamu boleh dapat pelbagai bentuk badan yang diidamkan. Kamu perlu ingat bahawa setiap individu memiliki bentuk tubuh badan yang berbeza. Jika kamu kurang pasti berjumpalah dengan pakar pemakanan bertauliah terlebih dulu, dan dapatkan nasihat mereka sebelum kamu mengamalkan sebarang dietary atau mengambil mana-mana dietary suppliments.
No comments:
Post a Comment