Trend yang in sekarang ini, bukan sahaja lebih memberi keselesaan malah bonusnya kamu akan kelihatan lebih ringkas tetapi tetap bergaya dan chic! Sarungkan flat shoe ke mana saja tujuanmu, sama ada pada janji temu makan malam berdua dengan si dia, makan tengahari bersama ketua, membeli- belah bersama teman-teman atau menonton wayang dibelanja ahli keluargamu! Kamu tetap melangkah hebat!
Gayakan Dengan Gaun Malammu!
Esse sarankan Raph Lauren PeepToe Rosette Flat
Ilhamkan gaya anggun menyaluti tubuhmu dengan busana malam berfabrik lembut. Memadai dengan hiasan jemeki ringkas dari lace wrap dress atau shiny slip dress. Tidakkah lebih selesa makan malam dan menerima pelawaan si dia menari tanpa was-was kakimu terpelecok atau melecet!
Kate Spade Poe Flat
Gayakan Dengan Skirtmu!
Burburry Peep Toe Slingback Flat
Ingin bergaya flat shoe dengan skirt? Apa salahnya. Malah, memang cantik jika kamu bijak menggayakannya. Nampak lebih feminin dan sweet! Hanya padankan dengan blaus ringkas yang colorful, tentu kamu nampak lebih ceria dan segar!
Esse sarankan Bettye Muller Frame Peep Toe Flat
Gayakan Dengan Jean Skinnymu!
Kasut flat yang berwarna-warni amat sesuai digayakan kala bersantai di pantai dengan keluarga atau teman-temanmu. Serius, ia memang nampak cantik dan hebat jika digandingkan dengan jeans skinny atau jean paras lutut. Nampak lebih menarik jika ditambah dengan kardigan rona kontra.

Burberry Peep-Toe Flat
Esse sarankan Juicy Couture Rose Patent Leather Flat
Cameron Diaz memakai Chanel Brown Flat
Gayakan Dengan Seragam Kerjamu!
Ya. Memang sukar untuk memadankan flat shoe milikmu di tempat kerjakan! Alah, usah risau! Itu tidak bermakna kamu perlu memakai sensible pumps yang hanya menjadikan gamu seperti nenek tua! Apa yang perlu kala tampil hebat di pejabat hanyalah dengan menggabungkan sepasang kasut flat loafer style, tentu kamu nampak lebih formal dan bersedia menghadiri mesyuarat penting! Pilih rona biru, hijau atau pink lembut. Lebih elegan jika digayakan dengan A-line skirt atau jaket pendek.

Esse sarankan Miss Sixty Leila Flat
Versace Pink Patent Leather Opera Flat
No comments:
Post a Comment