Monday, June 1, 2009

Drag Me To Hell

Tarikh Tayangan:11 June 2009
Pengarah: Sam Raimi
Pelakon: Alison Lohman, Justin Long.
Genre: Seram

DARI air tangan pengarah hebat, Sam Raimi yang pernah mencetuskan fenomena menerusi trilogi Spiderman, kini sekali lagi kamu akan dihidangkan dengan kisah seram berjudul Drag Me To Hell. Mengisahkan, Christine Brown seorang Pegawai Pinjaman yang bercita-cita tinggi telah diarahkan supaya mengusir keluar seorang wanita tua dari rumahnya. Tidak lama kemudian, dia menyedari dirinya telah terkena sumpahan ghaib yang bagaikan menyeret hidupnya ke lembah neraka. Dalam keadaan terdesak, Christine telah mengambil keputusan meminta bantuan seorang penilik untuk menyelamatkan nyawanya... Jangan lupa untuk menyaksikan kesudahan filem hebat ini. Adakah usaha Christine untuk melepaskan diri dari sumpahan itu bisa berjaya? Saksikan ok!









No comments:

Post a Comment