Wednesday, June 24, 2009

Ice Age: Dawn Of The Dinosaurs

Tarikh Tayangan: 1 Julai 2009
Pengarah: Carlos Saldhana
Pelakon: Ray Romano, John Leguizamo, Denis Leary, Queen Latifah
Genre: Animasi

ICE AGE: DAWN OF THE DINOSAURS menepati kesemua ciri yang diinginkan oleh audiens meneruskan kesinambungan aksi komedi yang berjaya menggeletek hati penonton menyamai dua filem terdahulu. Scrat yang kelakar masih berusaha mendapatkan kacang kegemarannya (mungkin juga cinta sejatinya). Pasangan dua sejoli, Manny dan Ellie teruja menantikan kelahiran mini-mammoth mereka. Sid pula kecoh ingin membina keluarganya selepas terjumpa telur dinosaur. Diego si harimau pula ghairah untuk mencari hidup yang lebih mencabar dan banyak melapangkan masanya bersama teman-temannya. Dalam usaha menyelamatkan Sid, gang ini terpaksa berdepan dengan pelbagai cabaran dan pertarungan semasa pengembaraan mereka merentasi dunia bawah tanah yang penuh misteri. Hasil adunan lebih banyak aksi komedi, garapan visual yang menakjubkan ditambah dengan sentuhan magis 3-D. Karektor kesayanganmu tampil lebih menghiburkan dalam pengembaraan lebih hebat untuk musim terbaru.




No comments:

Post a Comment