Friday, May 15, 2009

Syurga Cinta

Tarikh Tayangan: 21 May
Pengarah: Ahmad Idham
Pelakon: Awal Ashaari, Hadziq, Heliza
Genre: Romantik





Syurga Cinta mengisahkan dua insan yang berlTambah Imejainan latar belakang dan ideologi dalam sebuah filem cinta. Irham lakonan Awal Ashaari seorang anak muda yang mengamalkan gaya hidup moden dan menjurus kebaratan telah bertemu dengan Syuhadah lakonan Heliza Af5 yang lebih ke arah gaya hidup Islamik. Apabila dua insan yang berbeza ideologi ini tertarik antara satu sama lain, mereka mula berdepan dengan pelbagai isu dan konfrontasi. Filem ini lebih menekankan kepada budaya dan gaya hidup remaja dan filem ini akan membawa satu mesej tentang sejauh mana gaya hidup Islam dalam kehidupan remaja. Lebih kepada kesedaran dan pembentukan sahsiah diri sebagai orang Islam. Saksikan bagaimana mereka akhirnya belajar untuk memahami satu sama lain demi kerana cinta.






No comments:

Post a Comment