
Memasuki usia 7 tahun penganjuran, Karnival Jom Heboh terus mengukuhkan kedudukannya sebagai salah satu karnival ulung TV3 yang berjaya menggabungkan institusi kekeluargaan dan kemasyarakatan dengan berbagai aktiviti sihat untuk seisi keluarga diadakan. Bersesuaian dengan keadaan ekonomi global yang tidak menentu sekarang ini, Karnival Jom Heboh turut memainkan peranan di mana pengunjung akan ditawarkan dengan harga – harga barangan lebih rendah dari biasa oleh pihak penaja Karnival Jom Heboh.
Menurut Ketua Pegawai Eksekutif TV3, Dato’ Amrin Awaluddin berkata, “Keadaan ekonomi yang kurang memberangsangkan bukan sahaja membabitkan Malaysia, malah seluruh dunia. Oleh itu kita haruslah beringat untuk berjimat cermat dan bijak dalam perbelanjaan seharian.
Melalui Karnival Jom Heboh, TV3 menyediakan ‘platform’ untuk pengunjung berbelanja dengan lebih berhemah. Semua gerai penaja kami menawarkan harga yang berpatutan dan lebih rendah dari harga di pasaran, jadi rebutlah peluang ini untuk berbelanja. Selain dari itu, gerai-gerai ini juga akan dilanjutkan masa operasinya dari jam 10.00pagi hingga jam 8.00malam berbanding jam 7.00malam sebelum ini”.
“Terdapat pelbagai aktiviti dan acara menarik di sepanjang 2 hari kami berkampung di Padang MPK 2, Kuantan. Antaranya, peluang untuk berlakon bergandingan dengan teraju utama drama ‘Cinta Untuk Ain’, Que Haidar, di mana para pengunjung diberi pilihan untuk merakam babak lakonan di dalam DVD yang boleh dijadikan sebagai cendermata istimewa.
Tidak ketinggalan, pengunjung kecil Jom Heboh turut memeriahkan sambut Hari Jadi di pentas utama dan para pengunjung juga telah menyumbang untuk acara lelongan Tabung Bersamamu. Karnival Jom Heboh juga lebih ceria dengan kehadiran pelakon-pelakon dan artis popular tanahair seperti Que Haidar, Puteri Fatin, Almy Nadia, Anne Abdullah, Kefli AF dan Nashrin My Starz LG. Barisan personaliti TV3 seperti Siti Hasffiza, Nurul Syuhada, Sasha Basir, Azizah Ariffin, Sharifah Salwa, Ally Iskandar, Fedtri Yahya dan Azliyanti juga turut bersama-sama turun padang meraikan Karnival Jom Heboh kali ini”.

No comments:
Post a Comment