Thursday, May 14, 2009

Bagaimana Menggali Kesempurnaan Diri Tersembunyi?

SEMEMANGNYA setiap individu dilahirkan dengan citra kelebihan dan keistimewaan tersendiri. Apa yang membezakan hanyalah cara individu itu menilai dan bertindak. Bagaimana agaknya dirimu? Sudahkah kamu menggapai kesempurnaan? Esse menyenaraikannya untukmu!

Menghargai – Bersyukur. Ini adalah kebiasaan istimewa yang bisa merubah hidup untuk menjadi lebih baik. Lihatlah, kamu boleh menggunakan Hellen Keller, wanita buta pertama yang berjaya lulus cemerlang di dalam pengajiannya di kolej sebagai idola terbaik. Pensyarah, penulis dan aktivis Amerika Syarikat ini buta dan tuli sejak berusia dua tahun, namun bagaimana dia mampu menjadi orang yang terkenal dan dikagumi diseluruh dunia?


Salah satu ucapannya yang banyak memotivasi orang adalah “Aku bersyukur atas cacat-cacat ini aku menemukan diriku, pekerjaanku dan Tuhanku”. Memang sulit untuk bersyukur,namun percayalah kamu mampu belajar secara perlahan-lahan.

Positif – Fahamilah, hidup kamu dibentuk menerusi cara kamu berfikir. Sekiranya positif, kamu akan cenderung untuk membentuk peribadi positif yang meraikan kebenaran, kebaikan, kasih sayang dan harapan. Lantaran itu, pantaulah apa yang sering kali bermain di benakmu dan atasinya dengan keyakinan diri.

Kasih sayang – Sebuah perhubungan perlu dihiasi kasih sayang. Atas nama kasih sayang akan terbit pula rasa kasihan dan simpati. Kemampuan berinteraksi dengan orang lain merupakan kelebihan utama mereka yang telah sukses. Salah satu unsur penting di dalam sistem interaksi adalah empati, kemampuan atau kepekaan untuk memandang dari sudut pandang orang lain bahkan mampu merasai apa yang dirasai orang lain.



Mulakan dengan mempelajari dan membiasakan diri menolong orang lain. Misalnya, menjadi pendengar yang baik, memberi pandangan dengan mempertimbangkan kedudukan orang lain dan belajar melakukan apa saja perkara yang kamu sendiri ingini dari orang lain.

Kepentingan – Biasakan diri untuk mempertimbangkan perkara penting dahulu sebelum beralih pandang kepada perkara sampingan lain. Jangan sesekali biarkan hidup kamu terjebak di dalam hal yang remeh. Cuba sekali, dan kamu akan dapat merasai citra hidupmu akan bertukar menjadi lebih efektif dan produktif secara lebih signifikan.

Bertindak - Kamu sudah punya pengetahuan. Malah turut memiliki kesedaran serta sasaran untuk bertindak. Namun, bila agaknya kamu akan mula bertindak? Sesetengah orang, selalu gagal di dalam hidup mereka lantaran takut dan was-was untuk memulakan langkah pertama mereka. Biasakan diri kamu untuk lebih menghargai waktu, lawanlah rasa malas dengan bersikap lebih aktif. Kebanyakannya yang sering terjadi di kalangan individu yang gagal di dalam hidup adalah mereka yang enggan bertindak!

Perbandingan Kehidupan - Ibarat menabur benih padi. Prinsip menabur benih padi ini memang relevan berlaku di dalam kehidupan kamu sehari-hari. Apa tidaknya, bayangkan akan tiba waktunya kamu perlu menuai benih padi yang di tabur. Bayangkanlah, betapa kayanya hidupmu bila kamu selalu menebar benih ‘kebaikan’. Tapi sebaliknya, fikirkan betapa miskin hidupmu bila sering menabur keburukan dan fitnah yang hnaya akan memakan diri sendiri.

Ketelusan - Tanpa kejujuran, kamu takkan bisa mampu membentuk peribadi yang utuh dan sempurna. Malah, kamu hanya akan menjadi individu yang serba kekurangan dan itu hanya merosakkan harga diri dan masa depanmu sendiri. Oleh itu, mulakan langkahmu dengan membiasakan diri bersikap jujur, tidak saja kepada diri sendiri tapi juga terhadap orang lain. Mulailah mengatakan kebenaran, meskipun ia mungkin memberi risiko besar kepadamu. Ingat!kejujuran adalah kunci kebahagiaan hidup kita!

No comments:

Post a Comment