KAMU pasti biasa mendengar frasa ‘rambut itu mahkota wanita’. Memang betullah apa yang dikatakan itu. Lihat saja di salun-salun rambut, pasti kaum hawa yang mendominasi.
Sememangnya, kebanyakan gadis kini begitu menitikberatkan perihal penampilan rambut hingga ada yang sanggup membelanjakan wang yang banyak demi melakukan rawatan dan mewarna rambut mereka.
Bercerita soal mewarna rambut pula, biarpun dikatakan warna hitam berkilat adalah paling sesuai bagi wanita di Asia, namun tidak salah andai mahkotamu itu disuntik dengan sedikit sentuhan warna.
Ia akan merubah wajah kamu menjadi lebih berseri. Ini memandangkan, mewarnai rambut sebenarnya akan menambah tekstur volume dan pantulan sinaran pada rambutmu yang asal.
Namun sebelum itu, kamu perlu mengetahui beberapa panduan penting sebelum bersedia untuk merubah warna rambutmu itu. Bagaimana, kamu berminat? Teruskan pembacaanmu ini kerana esse akan mendedahkan rahsianya.
Idea Mewarna Rambut
Sari warna kekal dan separa kekal
Terdapat beberapa tahap di dalam dunia mewarna rambut yang bergantung kepada bagaimana ia bolem memberi impak kepada warna rambutmu. Bergantung kepada kualiti kecerahan atau keterangan yang reflek. Ia juga adalah alasan untuk keluar dan membeli wadrobe baru. Memandangkan kamu akan akan menemui apa yang sesuai dengan warna rambutmu itu.
Sekiranya kamu berhasrat untuk untuk membuat perubahan drastik pada warna rambutmu itu, tindakan yang paling baik adalah mengunjungi pakar berbanding melakukan sendiri di rumah.
Ragu-ragu untuk mewarna rambut?
Sering kali terjadi, kamu berasa ragu-ragu untuk mewarna rambutmu lantaran gusar ronanya tidak seperti yang ditayangkan di kotak. Ini memandangkan refleksi cahaya yang terbias pada pigmen warna rambut kamu itulah yang akan menentukan warna sebenar rambut kamu itu.
Jadi, apa kata jika kamu minta mereka melakukan ujian dahulu kepada rambutmu . Tidak perlu warnakan keseluruhan, memadai jika kamu mengujinya di bahagian tertentu sahaja, ia akan mudah dan cepat mengering. Melalui cara itu, kamu akan pasti warna yang bakal terhasil. Tetapi ingat, usah sesekali lupa untuk memastikan dahulu mereka mempunyai produk yang boleh mencuci warna tersebut dengan segera. Selain itu, jangan memandang remeh kepada petua orang lain yang berpengalaman mewarna rambut dan tidak kurang pentingnya cuba highlight sedikit, pasti kamu akan merasai kesannya.
Kenali Jenis Pewarna Rambutmu
Mudah. Jimat dan pastinya ia adalah kaedah paling ringkas untuk merubah penampilan dirimu dalam masa yang singkat. Lantaran itu, mewarna rambut bukan sahaja popular di kalangan wanita sahaja, malah ia juga menjadi pilihan remaja-remaja hari ini.
Bagi kamu yang memang benar-benar teruja untuk mewarna rambut. Pastikan kamu memahami terlebih dahulu asas merona rambutmu itu, biar efeknya akan memberi kepuasan padamu.
Asasnya, terdapat dua jenis utama pewarna rambut iaitu;
Permenant Color – Ia menghasilkan pigmen warna kekal pada akar rambutmu. Ini bermakna tidak akan ada lagi biasan warna semulajadi rambut. Biarpun warnanya tidak akan kekal lama, namun tekstur kimianya akan tetap berubah secara total.
Semi-Permanent Color – Ia membantu rambutmu yang mulai keputihan bertukar gelap. Namun, usai proses mewarna rambutmu tidak lagi akan menerima warna lain terutamanya rona yang lebih cerah. Kebanyakan rambut yang mewarna dengan pewarna jenis ini turut dikenali sebagai Quasi-color, mengandungi ethanolamine dan peroxide yang mampu membuka liang kutikel. Oleh itu, rambutmu itu akan kekal lebih kurang 20 kali cucian dan akan kekal lembut dengan penggunaan syampu yang bersesuaian.
Bagaimana Menjaga Rambut Beronamu?
Setiap kali kakimu melangkah keluar dari rumah, pastikan kamu sentiasa menitikberatkan ciri-ciri perlindungan dari dibakar oleh panahan matahari. Gunalah apa saja untuk melindungi rambutmu itu. Sama ada payung, topi atau tudung bagi mengelakkan rambutmu bertukar kekeringan. Jika tidak, pasti rambutmu itu tidak akan kekal dan akan cepat pudar.
Jika orang tua-tua dahulu, mereka sering menggunakan minyak kelapa untuk melumur rambut mereka. Hari ini, tradisi itu masih diteruskan, namun hanya caranya sahaja yang berbeza kerana orang sekarang lebih gemar menggunakan pelembab. Biarpun berbeza, namun fungsinya tetap sama. Ini amat penting untuk memberi jaminan perlindungan sinar uv kepada rambutmu.
Jangan sesekali meninggalkan syampu serta perapi untuk rambut berwarna, ia amat penting untuk memberi kesihatan yang baik kepada rambutmu itu.
Menyikat rambutmu kala basah juga tidak baik untuk kesihatan rambut. Ini memandangkan, ia akan membuatkan rambutmu menjadi rapuh dan mudah pecah serta gugur.
Sebelum menyikat rambut, pastikan kamu menguraikan dahulu kekusutan menggunakan hujung jari. Memang berkesan.
Friday, May 22, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment