Hari ini, transisi solekan semakin maju dengan kemunculan pelbagai jenama kosmetik seperti Estee Lauder, Elizabeth Arden, Clarins, Clinique, Shiseido dan banyak lagi yang tidak kurang gahnya di pentas kecantikan dunia.
* Alamak...kenapa muka aku kasar dan gatal-gatal ni?
Dan pastinya, definisi mekap pada sesetengah gadis adalah pada kekuatan dan kuasa magisnya menyempurnakan ‘kekurangan’ wajah mereka. Bagi mereka, kelahiran kosmetik adalah satu anugerah dan ‘kuasanya’ cukup adil.
Apa tidaknya, hanya dengan sedikit sentuhan mampu membuat hidung kamu yang pesek berubah mancung. Bentuk muka empat segi menjadi lebih runcing dan kulit kasar bertukar lebih mulus. Pendek kata, hingga ada orang yang tidak boleh hidup tanpa calitannya di wajah. Namun, malang sekali, kebergantungan itu tanpa disedari turut mengundang bencana.
Dalam keghairahan pengusaha kosmetik memasarkan produk mereka, ada sesetengahnya gagal mematuhi standard piawaian yang ditetapkan. Kandungan bahan kimia mengundang lebih banyak masalah kesihatan kepada pengguna.
Sebagai pengguna, kamu perlu lebih bijak menangani taktik mereka ini bagi mengelakkan daripada menjadi mangsa. Misalnya, kamu perlu mula peka terhadap fungsi sebenar bahan mekap dan bandingkan pula dengan isi kandungannya. Oleh itu kamu perlu belajar untuk memahami istilah sains yang kebanyakan diguna pada bahan mekap yang dijual di pasaran. Inilah yang kamu tidak boleh perolehi daripada iklan-iklan di media.
Hypoallergenic
Tidak ada standard atau definisi yang menentukan penggunaan istilah hypoallergenic. Ini bermakna istilah ini tidak membawa sebarang maksud. Pengertiannya lebih merujuk kepada tawaran yang akan dibuat oleh pengusaha kosmetik itu sendiri dan maknanya juga akan sentiasa berubah-ubah mengikut kehendak yang ditentukan mereka.
Pentadbiran Makanan dan Ubat atau Food and Drug Administration (FDA) hanya boleh mencegah penggunaan bahan kimia toksik, tetapi kebanyakan pengusaha bahan mekap tentunya lebih bertanggungjawab untuk mengukuhkan kepercayaan pengguna terhadap keselamatan kandungan semua produk keluaran mereka sebelum dipasarkan.
Ini bermakna, istilah tersebut mungkin memiliki nilai pasaran tertentu berkaitan promosi dan kelulusan produk daripada FDA. Ini memandangkan aspek kelulusan FDA terhadap sesuatu produk tidak memerlukan pengujian yang khusus pada label. Nyatanya, ramai dermatologi berpendapat istilah tersebut langsung tidak memberi maksud apa-apa.
Non- Comedogenic
Lantaran itu, sekiranya terdapat bahan kosmetik yang mendakwa ia adalah Non- Comedogenic atau lebih jelasnya untuk pori-pori tersumbat. Itu hanyalah omong kosong mereka sahaja. Jika kulit wajah tidak dicuci dan dijaga dengan betul, tentulah ia bermasalah. Pernahkah kamu melihat cecair alas bedak (foundation) yang jarang digunakan mengering dan menyebabkan botolnya tersumbat? Begitulah juga dengan liang pori-pori kamu!
Oil Free Makeup
Bagi memastikan sama ada bahan mekap itu bebas minyak atau sebaliknya, pengguna boleh memeriksa label kandungan pada bungkusan. Kecuali terdapat istilah kimia yang kamu sendiri tidak pasti maknanya. Misalnya, palm kernel oil turut dikenali sebagai myristic acid atau tetradecanoic acid.
Not Tested On Animals
Kebanyakan kosmetik yang mengiklankan ‘no animal testing’ atau ‘cruelty-free’ pada label produk mereka sebenarnya telah menguji atau membeli bahan mentah yang telah sedia diuji daripada syarikat perusahaan lain. Sekiranya kamu benar-benar ingin memastikan keaslian label tersebut kamu perlu memilih syarikat kosmetik yang benar-benar menyisipkan perkara tersebut di dalam misi syarikat mereka. Walau bagaimanapun, perbincangan moral mengenai ujian terhadap haiwan ini terus berlangsung hingga sekarang.
Kulit Sensitif?
Kepada yang memiliki kulit wajah sensitif, sememangnya penting untuk kamu menggunakan produk yang fragrance free dan talc free. Biasakan diri kamu untuk membaca label. Jika kamu menemui istilah seperti unscented, bermakna produk tersebut cuma tidak mengandungi bahan pewangi tertentu. Lipstik tipikalnya mempunyai campuran pewarna. Berbeza dengan mekap mineral yang bebas dari bahan tersebut. Tidak terdapat undang-undang yang diperlukan bagi memenuhi piawaian ujian dermatologi.
Langkah Terbaik Ketika Memilih Produk Kecantikan
Jadi bagaimana wahai si gadis? Usah takut untuk terus mencuba kosmetik asalkan kamu bijak memilih. Terdapat beberapa cara yang boleh melindungi kamu ketika memilih produk kecantikan yang terbaik.
Less Is More
Semakin kurang bahan yang terkandung di dalamnya, semakin selamat untuk kulit dan kesihatan kamu. Bayangkan jika terdapat kombinasi bahan yang alah dengan kulitmu, tentu sukar untuk mengenalpasti bahan yang mana satu.
Belajar Mengenai Industri Dan Istilah Kecantikan
Belajar dan memahami maksud serta fungsi bahan yang terkandung di dalam kosmetik. Sekiranya kamu dapat mendapati wujudnya alahan, kamu boleh membuat aduan kepada syarikat produk kecantikan tersebut. Selain itu, kamu juga boleh mengetahuinya menerusi kajian sendiri.
Ingat...Kamu dan Kulitmu Adalah Unik
Antara produk kecantikan popular adalah krim anti jerawat yang mengandungi camphor. Sejenis bahan yang akan menyebabkan kulit berasa sejuk, memberi efek segar dan bersih kepada penggunanya. Pada sesetengah orang bahan itu langsung tidak memudaratkan. Namun, tidak pada segelintirnya pula. Ini kerana bahan yang memberi kesan sejuk dan segar ini akan menyebabkan kulit menjadi kering, merah dan menggelupas.
Malah, essential oil juga mempunyai reaksi tertentu terhadap penggunanya. Kamu mungkin sensitif terhadap sesuatu kandungan bahan yang tidak terfikir oleh kamu sendiri. Ingat, mungkin juga kulit kamu sesuai dengan produk yang orang lain tidak pandang langsung!
No comments:
Post a Comment