SIAPA yang tidak pernah mengalami perasaan gemuruh, tapak tangan berpeluh, hati berdebar kencang ataupun suara tersekat di dada apabila bercakap tentang cinta? Semalam, konsert Mingguan My Starz LG mengajak para penonton dan peminat muzik tanahair untuk kembali mengimbas saat-saat manis mahupun kenangan pahit bersama-sama 8 peserta bertuah yang masih dikekalkan yang bakal membawakan lagu-lagu bertemakan “Cinta”.
Sebelum persembahan dimulakan, Naz dan Anne, selaku pengacara program mengumumkan berita baik kepada Wana, Feroq, Cassie, Azri, Hairi, Fiona, Nashrin dan Mimie yang masih lagi berpeluang untuk mara ke pusingan seterusnya kerana masih dikekalkan pada minggu ini. Nampaknya kelapan peserta ini masih berpeluang untuk meneruskan perjuangan bersama-sama selepas penyingkiran peserta yang keempat, Gzell pada minggu lalu setelah mendapat kritikan pedas daripada pihak juri yang sebulat suara mengatakan yang beliau tidak berjaya membawakan lagu “Darah Muda”, nyanyian seniwati Saloma dengan baik kerana kurang penghayatan dam tiada aura ‘menggoda’.
Lapan peserta ini masing-masing diberi pilihan untuk menyampaikan lagu merangkap tema ‘Cinta’ di mana persembahan mereka tidak lagi dibahagikan di dalam kumpulan kerana para peserta telahpun digabungkan bermula minggu lalu. Selain dari Gzell yang tersingkir baru-baru ini, Jassica, AG dan Elaine juga merupakan antara yang terawal terpaksa meninggalkan pentas My Starz LG kali ini.
Persembahan akan dimulakan dengan Wana yang akan membawakan lagu “Rembulan”, diikuti oleh Feroq yang akan menyanyikan “Demi Waktu” sebelum Cassie mengambil tempat mempertaruhkan nasib menerusi lagu “Bisakah” dan Azri yang bakal menyampaikan lagu hit kumpulan Andrea & The Backbone, “Sempurna”.
Konsert mingguan diteruskan, mengajak penonton dan peminat melayari erti cinta dan dibuai pesona dengan dendangan lagu-lagu dari Hairi “Pesona”, Fiona “Atas Nama Cinta”, Nashrin “Ketulusan Hati” dan diakhiri dengan Mimie yang akan mendendangkan lagu “Janji Kasih”. Nampaknya, tuah menyebelahi Azri sekali lagi apabila diumumkan sebagai pemenang membawa pulang system Hi-Fi LG DVD Mikro istimewa kerana telah berjaya mempamerkan persembahan yang baik semalam.
Persembahan mereka diadili oleh pengkritik yang sudah arif dengan dunia hiburan iaitu juri tetap My Starz LG, penghibur tanahair, Hattan dan Liza Hanim yang turut disertai juri undangan, komposer yang tidak asing lagi, Adnan Abu Hassan. Konsert mingguan malam ini dihangatkan lagi dengan persembahan istimewa Elyana menyanyikan lagu “Molek”.
“Pejam-celik, konsert mingguan My Starz LG kini sudah memasuki minggu ke -7, jadi jika dirujuk kepada persembahan sebelum ini, antara perubahan positif yang ketara ialah kelapan peserta ini sudah mula mengambil inisiatif menampilkan gaya persembahan yang berani dan berbeza daripada imej dan identiti ’selamat & sopan’ yang dilabelkan sejak daripada episod pertama bermulanya pertandingan ini. Lagipun, kurang dari 5 minggu lagi kita akan melangkah ke pusingan akhir jadi kami sering menasihatkan para peserta agar bersunguh-sungguh menjalani latihan dan tunjuk-ajar kerana melalui cabaran dan pengalaman yang ditimba ini akan mematangkan mereka di dalam industri muzik yang semakin berkembang setelah mendapat kritikan pedas pada minggu sebelumnya,” ujar penerbit My Starz LG, Tengku Sahilawati Tengku Jehori.
Selain mengundi peserta kegemaran mereka, para penonton juga boleh menyertai kuiz SMS My Starz LG untuk memenangi hadiah “Air Purifier’ LG (pembersih udara dan debu). Mereka hanya perlu menaip LG dan hantarkan kepada 37898 seterusnya mengikut arahan yang diberikan. Undian untuk peserta My Starz LG ini dibuka dari jam 10.00 malam 4 Januari 2009 sehingga jam 6.00 petang pada 11 Januari 2009.
Format penyingkiran My Starz LG ialah 12 peserta akan dibahagikan kepada 2 kumpulan: A dan B. Kumpulan A akan membuat persembahan pada minggu ini dan penyingkiran salah seorang dari Kumpulan A hanya akan dilakukan pada minggu berikutnya ketika minggu kumpulan B mengambil tempat membuat persembahan.
Seterusnya penyingkiran untuk kumpulan B akan dilakukan ketika minggu Kumpulan A membuat persembahan. Para peserta akan bergabung dalam konsert seterusnya apabila tinggal 4 orang peserta dari setiap Kumpulan A & B. Format penyingkirannya ini berterusan sehingga 4 orang finalis dipilih. Bermula konsert yang ke 6, mereka kembali bergabung dan bertanding tanpa mengikut kumpulan.
Manakala dari segi fornat pemarkahan pula, penyingkiran terhasil daripada keputusan juri (70% markah) manakala 30% selebihnya diputuskan oleh penonton melalui SMS. Selain dari juri tetap, juri jemputan bakal muncul sepanjang musim ini untuk menawarkan khidmat nasihat mereka.
Pengacara Nazruddin Habibur Rahman (Naz) kembali memeriahkan rancangan ini dengan pasangan baru, Puteri Andreanna Syigim (Anne), manakala Khairul Ikhwan Rosli (Ikhwan) bakal mengacarakan segmen My Starz LG Star Lives, yang merupakan sedutan siaran selama setengah jam tentang pencapaian pelajar sepanjang minggu tersebut, setiap Ahad pada pukul 5.30 petang.
Penasihat vokal terdiri daripada penyanyi dan pencipta lagu Lah Ahmad, koreografer tarian Raimee Salleh dan Syaiful Baharim yang berperanan sebagai konsultan imej peserta. Pemenang pertandingan My Starz LG berpeluang memenangi wang tunai RM 100,000, produk LG yang menarik, menjadi bintang dan kontrak rakaman bersama label rekod ternama, Warner Music Malaysia.
Kesemua 12 peserta ini menerima tunjuk ajar dan nasihat profesional serta sokongan latihan daripada tenaga pengajar yang terdiri daripada penghibur dan penerbit ternama Malaysia, yang berlangsung di LG House, sebuah bunglo yang diadaptasi khas yang tersedia dengan bilik latihan dan ruang persembahan yang dilengkapi sepenuhnya dengan produk LG.
Pastikan penonton di rumah tidak ketinggalan untuk menonton Konsert My Starz LG dan peluang menangi “Air Purifier’ LG (pembersih udara dan debu) dengan menyertai kuiz SMS My Starz LG dengan menaip LG dan hantarkan ke 37898 dan ikut arahan yang diberikan. Maklumat lanjut berkenaan My Starz LG boleh didapati dengan melayari www.tv3.com.my/mystarzlg2
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment