Thursday, May 14, 2009

Mandi Dan Kelebihannya

KEBANYAKAN remaja hari ini semakin peka terhadap penampilan mereka. Tetapi bagaimana pula dengan kamu? Adakah kepekaan kamu terhadap gaya dan penampilan itu seiring dengan perhatianmu terhadap penjagaan diri?

Menjaga kebersihan dan kesegaran tubuh badan sebenarnya lebih utama berbanding penampilan diri dan perkara paling asas dalam penjagaan diri adalah mandi.

Berapa kalikah kamu mandi setiap hari? Tahukah kamu adalah paling baik sekiranya kamu dapat mandi 3 atau empat kali setiap hari. Malah, mengkut kajian yang telah dilakukan oleh pakar di Amerika syarikat, mandi merupakan cara paling mudah dan murah yang memiliki berjuta-juta kelebihan untuk memelihara kesihatan dan kecantikan diri.

Membuang Racun Dan Toksik
Mandi merupakan teras paling berkesan untuk membuang sisa-sisa beracun di dalam tubuh. Ini kerana setiap hari kamu terdedah dengan sumber makanan yang beracun, tidak kira daripada sayur-sayuran, buah-buahan, ikan, daging, makanan laut dan sebagainya boleh menyebabkan kamu mudah diserang pelbagai penyakit.

Dipercayai, sekiranya kamu mandi menggunakan air suam selama kira-kira 30 – 35 darjah celsius, ia akan membantu membuka pori-pori tubuh kamu yang begitu baik untuk mengeluarkan toksin. Mandi air suam juga boleh membantu kamu merawat sakit otot dan menurunkan kadar gula yang terkandung di dalam darah kamu.

Membantu fungsi Usus Besar
Selain itu, fungsi usus besar juga dapat dibantu supaya berfungsi dengan baik. Apa yang perlu kamu lakukan hanyalah tingkatkan lebih waktu berada di bawah pancuran air iaitu kira-kira 10-20 minit.

Menghilangkan Tekanan Dan Stress
Malah, mandi air panas juga dikatakan boleh mengurangkan stress dan masalah sukar tidur. Jadi sekiranya kamu benar-benar tidak sanggup lagi berdepan dengan pelbagai tekanan yang melanda, mandi dengan air sejuk dengan suhu sekitar 12-18 darjah celsius.

Mandi air sejuk paling baik untuk meredakan ketegangan yang kamu alami. Ini kerana air sejuk berupaya menyempitkan salur darahdan meningkatkan kadar gula di dalam darah kamu. Malah, kamu juga boleh merendam kaki di dalam air suam sehingga kaki kamu berasa dingin. Jadi sekiranya kamu mengalami masalah insomnia yang tidak serius, mungkin cara tersebut boleh membantu masalah kamu itu.


Melawan Keletihan Dan Serangan Virus
Sekiranya kamu berasa diri tidak segar, apa kata kamu mandi menggunakan pancutan air yang kuat. Menurut pakar, mandi dengan air pancutan yang kuat akan membuatkan tubuh berasa seperti diurut dan ini pasti akan membuatkan kamu kembali segar dan bertenaga.

Mandi air sejuk pula mampu mampu membuatkan sistem peredaran di dalam tubuh kamu berfungsi dengan baik. Ini kerana air sejuk dipercayai mampu meningkatkan pengeluaran sel darah putih di dalam tubuh serta berupaya meningkatkan antibodi tubuh untuk melawan serangan virus.

Meningkatkan Pengeluaran Hormon testosteron
Bahkan, mandi air sejuk pada waktu pagi juga dikatakan hebat kerana ia berupaya meningkatkan pengeluaran hormon lelaki iaitu testosteron. Malah kulit kamu juga akan menjadi lebih baik dan kuku kamu akan tampil lebih sihat dan tidak mudah rosak.

Bagi tujuan merawat dan mengelak kulit kamu dijangkiti apa saja penyakit kulit, kamu boleh mencampurkan sedikit baking soda ke dalam air mandian kamu dan ia boleh memberi kesan untuk menyembuh dan merawat kulit kamu daripada penyakit kulit sepeti ruam, gatal-gatal dan sebagainya.

Sodium bikarbonat boleh bertindak sebagai antiseptik dengan hanya mencampurkan air suam dengan 1 paun baking soda dan kacau sehingga rata. Kamu disarankan merendamkan tubuh kamu selama 10 hingga 20 minit.

Merawat Sakit Kepala Dan Sembelit
Kamu juga boleh membantu sekiranya kamu menghadapi masalah kaki letih, pendarahan hidung, selesema dan sembelit. Apa yang kamu perlu lakukan adalah hanya dengan merendam kaki di dalam air suam untuk membantu sembuhkan selesema dan sakit kepala serta menyegarkan otot. Selain itu, Masukkan air suam ke dalam bekas sehingga melebihi kaki. Tambahkan beberapa titis minyak seperti lavender, peppermint atau lemon. Bilas dengan air sejuk. Lakukan selama 10-20 minit.

No comments:

Post a Comment