Thursday, May 14, 2009

Ada Apa Dengan Marie Digby?

DIA pernah mencetuskan kontroversi di kalangan penggemar laman web YouTube apabila popularitinya telah dipersoalkan. Apa tidaknya, segalanya berlaku apabila muzik videonya yang unik itu dikatakan telah menerima sambutan hebat apabila ditonton ebih 6.6 milion kali menerusi video sharing. Sejak itu, dia mula dikenali dan bakat besarnya itu mula menarik perhatian ramai pihak.


Ya. Mungkin wajah cantik milik gadis berdarah campuran Jepun dan Irish-American ini umpama satu bonus bagi Marie Digby. Namun, segalanya tetap berbalik kepada bakatnya benar-benar asli itu.

Malah, kehadirannya di dalam industri muzik juga mengembalikan semula ingatan kita kepada artis lagenda lama seperti Joni Mitchell dan Laura Nyro. Ini kerana kehadirannya dengan pakej berbeza apabila mempertaruhkan gaya unik daripada muzik artistiknya yang tersendiri itu.

Sejak kecil dia sudah mula berjinak-jinak dengan gitar dan menulis lirik lagu selain mendapat ilham dari artis pujaannya seperti Martin Sexton, Beth Orton dan Poe. Bermula dengan membuat persembahan di bar, rumah persaraan, dan di mana-mana saja, sehinggalah dia berpeluang membuat persembahan gig di salah sebuah bar di Los Angeles iaitu Rainbow Bar and Grill. Marie pernah menyertai pertandingan ‘’National Singwriting’’ di bawah tajaan Pantene. Lagunya yang berjudul ‘’Miss Invisible’’ telah menjuarai pertandingan tersebut dan lagunya turut di persembahkan menerusi MTV dan VH1.

Rakaman semula video ‘’Umbrella’’ yang dilakukannya dengan cara tersendiri telah menyaksikan hampir 500,000 ribu pengunjung telah menonton videonya itu apabila ia disiarkan di dalam You Tube. Rentetan daripada itu, Marie mula beransur-ansur muncul di dalam rancangan televisyen tempatan ‘’Last Call with Carson Daly’’ dan menggantikan musim premier ‘’The Hills’’. Namanya selepas itu telah melonjak naik sebagai penyanyi muda berbakat besar dan penulis lirik yang dikagumi.

Rakaman lagunya ‘’Umbrella’’ telah menduduki carta keseluruhan stesen radio L.A. iaitu STAR 98.7. Di Malaysia pula lagunya berada ditangga pertama di stesen Radio MixFM dalam carta Mixed Up 20 bermula dari 1 Oktober 2007 hingga pertengahan Oktober 2007.

Selepas berada di kedudukan pertama sepanjang tiga minggu dalam carta Mixed Up 20 sehinggalah Januari 2008, debut album single pertamanya ‘’Say it Again’’ telah menjuarai carta. Malah debut album ‘’Unfold’’ juga berada dalam carta Billboard Top 200 di tangga ke-29 Antara lagu dalam album ini yang popular berkumandang di corong radio ialah ‘’Voice On The Radio’’, ‘’Unfold’’, dan ‘’Umbrella’’.

Bagi Marie ‘Dia tidak ingin dilihat seperti seorang yang menyelamatkan dunia, tapi setiap orang dalam dunia ini katanya telah diberi anugerah. “ Muzik adalah kepunyaan saya. Saya berharap suatu hari saya akan berjaya dan dapat membantu orang lain menerusi muzik’’, katanya jujur.

Kenali Dia
Nama Penuh: Marie Christina Digby
Nama Komersil: Marie Digby
Tarikh Lahir: 16 April 1983
Genre: Pop, Rock Alternatif
Bakat: Penyanyi, Penulis Lirik, Gitaris dan Pemain Piano
Album: Unfold, Single Say It Again, Umbrella dan Bring Me Love

No comments:

Post a Comment