GADIS Merah Jambu menampilkan Sari Yanti dan Wan Hafizol sebagai pelakon utamanya telah mula disiarkan pada 5 Disember 2008 lalu setiap hari Jumaat dan Sabtu jam 10.00 malam.
Mininovela ini bermula dengan kisah Zara yang merupakan sorang gadis sederhana dan kurang bernasib baik. Memandangkan ibunya dikenali sebagai pembunuh ayahnya, Zara sering menjadi cemuhan penduduk kampung. Sungguhpun, Mail yang merupakan teman sepermainannya sejak kecil sering disisi Zara untuk memberi dorongan serta semangat kepadanya.
Zara mempunyai minat mendalam terhadap bidang fesyen. Berbekalkan semangat daripada arwah ibunya, dia merantau ke Kuala Lumpur dan mengikuti kelas jahitan dengan Mak Sunya, Rina. Setelah beberapa ketika, Zara berjaya menghasilkan rekaan miliknya yang diberi nama Teratai. Malang bagi Zara apabila Teratai hilang sehingga menggagalkannya menyertai pertandingan fesyen.
Namun, segala kedukaannya terubat apabila dia ditawarkan pekerjaan di butik Zetty yang merupakan saingan Rina. Namun, nasib belum menyebelahi Zara apabila kesemua rekaannya diakui rekaan Zetty. Di butik Zetty jugalah berlaku pertemuan pertama antara Zara dan Badri yang menimbulkan bibik cinta antara mereka.
Namun, kehadiran Badri yang cuba mendekati Zara tidak disenangi Mail yang juga menaruh perasaan terhadap Zara. Manakala, Sherry yang meminati Badri pula sentiasa bijak mengambil peluang untuk bersaing dengan Zara bagi merebut cinta Badri. Zara tetap tabah menghadapi pelbagai rintangan yang menimpa dirinya.
Zetty merancang untuk mengadakan majlis pelancaran butik dan koleksi rekaannya. Konflik demi konflik menjadikan Zara semakin tabah dan memberanikan dirinya untuk membuat penampilan istimewa dengan memperagakan gaun rekaannya sendiri pada majlis pelancaran Zetty itu. Tindakan berani Zara berjaya mengalahkan Zetty dan membongkar segala niat jahat Zetty. Badri yang kagum dengan semangat Zara terus melamarnya.
Menarikkan... jadi pastikan kamu menonton mininovela bersiri terbaru ini yang pastinya menyuntik semangat dan keyakinan kamu untuk mencapai cita-cita. Terangkat!

No comments:
Post a Comment