
Seperti yang telah diwar-warkan melalui promo, Awie ingin mencari peserta wanita yang boleh diketengahkan bakatnya sebagai seorang penyanyi rock wanita. Itulah yang terjadi Sabtu lalu apabila sekumpulan lebih 15 orang lelaki disuruh pulang oleh Awie yang enggan menguji bakat mereka. Kesemua peserta lelaki itu dipanggil serentak dan diterangkan mengapa dia enggan mengujibakat mereka sebelum disuruh pulang.
Menuruk kata Awie, “Seperti yang telah saya nyatakan, saya ingin mencari penyanyi rock wanita. Ini adalah kerana saya ingin melahirkan penyanyi rock wanita sebagai pelapis yang bakatnya mungkin lebih baik, setanding atau tidak jauh dengan ratu rock Ella.
Saya tidak bermaksud untuk menandingi Ella tetapi untuk memeriahkan lagi industri muzik tanah air dengan melahirkan seorang lagi penyanyi rock wanita. Selama ini, industri kita telah banyak melahirkan penyanyi rock lelaki, tetapi tidak wanita. Itulah sebabnya saya hanya menguji bakat peserta wanita sahaja.”

Ujibakat yang telah diadakan di Bilik Kenanga, Hotel Seri Pacific itu telah mendapat sambutan amat menggalakkan apabila peserta telah bersiap sedia seawal jam 9.30 pagi untuk mendaftarkan diri sebelum penyertaan ditutup pada jam 5.00petang dan ujibakat dijalankan sehingga lewat malam.
No comments:
Post a Comment