Terbaru, Diaz kembali beraksi menerusi What Happens In Vegas di samping suami aktres dan jelitawan Demi Moore, Ashton Kutcher. Malahan, filem arahan Tom Vaughan ini turut menampilkan bekas calon Oscar, Queen Latifah. Ikuti sesi temubual eksklusif Esse bersamanya.
Esse: Kenapa kamu memilih watak ini?
CD: Ketika pertama kali membaca skrip tersebut, saya tergelak besar. Memang lucu! Secara tiba-tiba saja terlintas di fikiran saya, filem ini memang berpotensi besar untuk meletup di skrin layar. Mereka memberi skrip ini kepada saya dan Ashton pada masa yang sama. Jadi kami sepakat untuk berusaha melakukan terbaik dan ternyata akhirnya ia dapat direalisasikan dengan sokongan pengarah, Tom Vaughan.
Esse: Adakah kamu percaya pada pantang larang?
CD: Ya. Terdapat sesetengah perkara tetapi tidak bermakna saya terlalu mengikut pantang larang. Adalah beberapa perkara yang sudah terbiasa saya lakukan sejak kecil dan sangat sukar untuk dibuang seperti mengetuk papan.
Esse: Apa perkara yang menggembirakan kamu?
CD: Kebanyakan muzik boleh menghiburkan saya. Apa saja yang boleh menggerakkan tuibuh saya untuk menari. Jika mendengar alunan muzik, memang saya sukar untuk berhenti menari.
Esse: Adakah kamu menari di dalam “What Happens in Vegas”?
CD:Rasanya ada. Tetapi tidaklah seperti yang pernah lakukan sebelum ini. Di Vegas, menari sudah menjadi satu kemestian. Kamu juga tahukan...
Esse: Adakah kamu sudah menonton “What Happens in Vegas”?
CD: Ya dan saya benar-benar menyukainya. Filem ini memang benar-benar lucu. Bagi saya, filem ini adalah satu lagi kisah yang bakal mencuri hati penonton. Saya amat teruja dan berbangga dengan filem ini.
Esse: Ramai aktres sekarang seperti teman baik kamu, Drew Barrymore yang sudah memiliki perniagaan sendiri. Bagaimana dengan kamu?
CD: Saya bukanlah seorang pelakon yang bercita-cita tinggi untuk membuat filem sendiri. Selama ini saya sudah berusaha melakukan yang terbaik dan gembira dengan opsyen yang sentiasa terbentang di hadapan saya. Tetapi buat masa ini saya masih berfikir ke arah itu.
Esse: Sebelum sibuk dengan“What Happens in Vegas”, 2 tahun kamu menyepikan diri dari industri. Kenapa ya?
CD: Bukan kerana apa-apapun. Bagi saya, saya hanya menari mengikut rentak. Saya seorang yang bermotivasi dan tidak pernah menyekat diri sendiri untuk melakukan perkara yang bagi saya adalah terbaik pada waktu itu dan masa depan. Lagi pun, saya sentiasa memberi laluan kepada diri sendiri untuk mencuba dan merasai pengalaman yang berbeza.
Esse: Filem terbaru kamu selepas ini di bawah pengarah, Nick Cassavetes?
CD: Ya, saya sudah membaca skripnya. Saya memang peminatnya dan memang sudah lama teringin untuk bekerjasama dengan dia.

No comments:
Post a Comment