8TV dengan bangganya membawakan sebuah drama bersiri animasi yang diadaptasi dari sebuah komik Jepun ciptaan Hisaya Nakajo yang cukup menarik.
Hana-Kimi mengisahkan tentang seorang budak perempuan yang sanggup menyamar sebagai seorang lelaki semata-mata untuk bertemu dengan idolanya yang merupakan seorang olahragawan dalam acara lompat tinggi. Malangnya dia telah tercedera dan terpaksa berhenti daripada sukan itu.
“8TV membawakan kamu sebuah animasi menarik, penuh dengan babak-babak yang cukup mendebarkan. Tidak dilupakan budak-budak lelaki yang sangat comel!,” ujar Cik Lam Swee Kim Pengurus Besar Pembangunan Perniagaan, Pemasaran dan Komunikasi 8TV, Cik Lam Swee Kim.
Ashiya Mizuki yang dilakonkan oleh Horikita Maki, seorang budak perempuan Jepun dari California yang terlalu kagum akan idolanya iaitu seorang olahragawan lompat tinggi Sano Izumi yang dilakonkan oleh Oguri Shun. Horikita Maki sentiasa menonton dan mengikuti perkembangan Sano dan akhirnya bernekad untuk berpindah ke Jepun. Oleh kerana Sano bersekolah di sekolah lelaki sahaja, Ashiya Mizuki mengambil keputusan untuk menyamar menjadi seorang budak lelaki supaya dapat belajar di sekolah yang sama dan berada dekat dengan idolanya.
Setahun yang lepas Sano telah tercedera sewaktu sesi latihan dan mengambil keputusan untuk tidak lagi bertanding. Selain mahu mendekati idolanya Ashiya Mizuki juga sebenarnya mahu memberikan sokongan kepada idolanya untuk terus bertanding dan tidak putus asa dengan apa yang berlaku.
Adakah takdir akan membawa Ashiya untuk bertemu dengan idolanya dan adakah dia berjaya memujuk Sano untuk kembali bertanding dalam sukan lompat tinggi? Adakah identity Ashiya akan terbongkar? Jangan lepaskan peluang menonton drama yang penuh romantik ini bermula pada 2 November 2008 (Ahad) di Astro.

No comments:
Post a Comment