Tuesday, May 26, 2009

Edisi 111: Inspirasi Dandanan 2009

SCHWARZKOPF Professional Essential Looks menampilkan gaya rambut terbaru untuk Musim Bunga/Panas 2009, diilhamkan oleh sepasukan pendandan profesional yang mempamerkan kehebatan masing-masing pada Minggu Fesyen London, Paris, Milan dan New York, baru-baru ini.

Koleksi gaya dinamakan Edisi 111: Koleksi Bahagian 1 turut mendapat sentuhan istimewa sempena sambutan ulang tahun ke-111 Schwarzkopf Professional. Dianggap sebagai pencapaian terbaik setakat ini, jenama tersebut berjaya menghasilkan koleksi unik yang mampu mencorakkan trend semasa dan memberi inspirasi kepada pemilik salon serta para pelanggan musim ini.

Pengarah Kreatif Schwarzkopf Professional Essential Looks, Steve Hogan berkata, tahun ini pasukannya diketuai Duta Global Schwarzkopf Profesional, Massimo di Stefano dan Tom Kroboth yang merupakan ikon industri dandanan rambut antarabangsa.

"Gaya rambut musim ini mempunyai pengaruh besar dalam menentukan arah fesyen, suatu bahagian yang amat penting di samping koleksi pakaian seseorang.
"Terlalu banyak persamaan dalam fesyen dan rambut dengan penampilan ringkas dan sensual diterjemahkan sepenuhnya dalam dunia fesyen dan gaya yang boleh diaplikasikan," katanya.

Edisi 111 Essential Looks: Koleksi Bahagian 1 terbahagi kepada empat gaya iaitu Glamazon, Sunday Best, 80s Best dan Rounded Form. Setiap satu mengikut elemen trend terkini yang dibawakan oleh para pereka fesyen terkenal pada musim ini, iaitu;
Glamazon - Sentuhan gaya 70-an dengan rambut panjang dan beralun tetapi tidak terurus seperti mengikut kehangatan rentak disko. Rambut berkilau tetapi lembut disaluti warna kemerahan bak matahari. Ia diilhamkan daripada fesyen gaun bercorak haiwan liar dan tropika oleh Gucci dan Roberto Cavalli; koleksi khaki, warna-warna tanah dan corak tribal Louis Vuitton dan gaun panjang ala Studio 54 dan sut safari Bianca Jagger.




Sunday Best - Gabungan luar biasa fesyen feminin dengan gaya eksperimental terutama pada rambut dengan bow, reben dan net bersama warna-warna terang. Gaya yakin dengan elemen janggal, ayu tetapi ranggi dengan gaya rambut tinggi 'up-dos', jaring dan reben. Diilhamkan daripada sut ala Chanel daripada Luella dengan ropol, fabrik tweed, warna dan corak petak; dres comel ranggi Moschino dengan ropol besar dan reben sementara Marc Jacobs menggabungkan elemen metalik, kain berpetak dan tweed.



80s Dance - Diilhamkan daripada filem Flashdance dan Fame serta sentuhan era Madonna, diterjemahkan dalam bentuk fesyen oleh Jean Paul Gaultier, Alexander Wang dan Stella McCartney pada musim ini. Gaya aktif kewanitaan dengan padanan warna-warna neon pada fabrik lycra.














Rounded Form - Berbeza daripada gaya futuristik sebelum ini, musim bunga/panas 2009 melihat evolusi dari segi trend geometrik, bentuk dan warna lebih menyerlah. Gaya ringkas moden dengan sentuhan lembut menyerlahkan lagi kewanitaan. Ia diilhamkan daripada gaun melekap tubuh oleh Balenciaga dan alunan gaun indah Lanvin; balutan gaun ala Greek dalam lipatan lapisan demi lapisan fabrik mewah Anne Valérie Hash dan dres, blaus dan skirt kembang menghasilkan bentuk geometrik.
Untuk panduan gaya baru, hubungi Schwarzkopf Professional di talian 03-2246 1119 untuk maklumat lanjut atau layari laman web www.schwarzkopf-professional.com.

No comments:

Post a Comment