Seramai 300 peserta telah datang untuk menjalani uji bakat minggu pertama pada 14 & 15 Mac yang disaring oleh Jacyln Victor dan Mas Idayu bertempat di Sri Pentas, Bandar Utama. Mentor musim ke – 3 menampilkan Jaclyn Victor, Mas Idayu, Lah Ahmad, Adibah Noor, Ajai dan Awie sebagai sifu yang bertanggungjawab memberi tunjuk ajar kepada protege masing-masing.
Penyanyi bersuara lantang, Jaclyn Victor diberi penghormatan membuka tirai sesi uji bakat pada hari Sabtu dalam usaha untuk mencari seorang protege yang berbakat dan serasi dengan personaliti dirinya. Ramai calon yang berminat untuk menjadi anak didik Jaclyn membanjiri lokasi Sri Pentas sejak awal 8.00 pagi lagi.

Menurut Jac, “Boleh dikatakan setiap individu yang hadir pada hari ini mempunyai bakat vokal dan personaliti yang bagus, tetapi itu sahaja tidak memadai. Bagi saya keyakinan diri dan semangat untuk berjaya juga penting kerana faktor-faktor ini memainkan peranan penting membantu protege untuk menyerlah sewaktu persembahan nanti. Sebagai mentor, sudah menjadi tanggungjawab untuk saya mencari satu kelainan unik di dalam diri protege saya. Secara keseluruhan saya berpuas hati dengan sesi pemilihan kali ini dan tidak sabar untuk memperkenalkan calon protege saya pada konsert mingguan pertama kelak.”
Manakala pada hari kedua, sesi uji bakat mengambil masa yang lebih panjang kerana Mas Idayu memerlukan protege yang mempunyai bakat menyanyikan lagu daripada genre yang berbeza dan versatil. Peserta menunjukkan kebolehan dengan diuji menyanyikan lagu-lagu balada, rock, pop rock, dangdut, asli dan kemahiran menari. Mas Idayu berpendapat, peserta yang hadir
menunujukkan komitmen dan kesungguhan untuk bergelar penyanyi namun keupayaan suara mereka tertumpu kepada satu genre sahaja.
Jelasnya lagi, “Saya memerlukan protege yang mempunyai suara yang dinamik di mana dia boleh menyanyi semua genre lagu tidak kiralah sama ada dia lelaki ataupun perempuan. Walaupun ramai yang mengatakan dangdut dan asli selalunya diminati oleh perempuan sahaja namun bagi saya sesiapapun mampu menyanyikannya. Malahan, jika seseorang itu boleh mengiramakan lenggok asli dan dangdut dengan baik, pastinya dia boleh membawa genre yang lain dengan merdu.

Ternyata, hasil dari uji bakat yang dijalankan dua peserta lelaki telah disenarai pendek dan
siapakah yang bakal menjadi protege saya hanya akan ditentukan setelah menjalani uji bakat tertutup nanti.
Pemilihan para peserta tahun-tahun sebelumnya berdasarkan penilaian pihak juri dan pihak pengurusan, musim ke - 3 menampilkan kelainan apabila para Mentor akan turun padang menghadiri sesi uji bakat sekaligus memilih sendiri protege mereka dimulai dengan Jaclyn Victor dan Mas Idayu minggu pada 14 & 15 Mac yang lalu bertempat di Sri Pentas Bandar.
Peserta yang ingin menyertai gelanggang Mentor semestinya berusia antara 17-25 tahun, memiliki bakat, vokal yang mantap dan pakej, berjaya menambat hati Mentor yang menjadi pilihan mereka, menyanyi secara solo, tidak terikat dengan sebarang kontrak dan boleh memberikan sepenuh perhatian terhadap program Mentor. Peserta yang menghadiri uji bakat harus membawa kad pengenalan, gambar berukuran pasport dan 4R dan membawa minus one lagu-lagu yang bakal mereka persembahkan untuk penilaian Mentor pilihan mereka.

Semestinya, Mentor mempunyai kebebasan 100% untuk memilih protege hasil dari penelitian melalui uji bakat yang disaring oleh mereka. TV3 tidak meletakkan sebarang garis panduan khusus kepada Mentor untuk memilih protege masing-masing kerana kriteria dan kelayakkan ditetapkan oleh para Mentor sendiri mengikut genre mereka.
Program Mentor mula diperkenalkan pada tahun 2005 mempamerkan barisan Mentor yang tergolong dari penyanyi popular tanah air iaitu Nora, Hattan, Liza Hanim, Siti Nurhaliza, Zainal Abidin, Ning Baizura, Cat Ruffedge, Noraniza Idris, Kumpulan VE, Amy Search dan Hazami. Mentor 1 berjaya menjulang Pija dan Zainal Abidin sebagai Mentor manakala Mentor 2, kemenangan berjaya diraih oleh Fiq melalui hasil tunjuk ajar sifunya, Amy Search.
Program Mentor akan ditayangkan bermula pada 19 April 2009, setiap hari Ahad jam 9.00 hingga 10.30 malam (Konsert Mingguan Mentor akan bermula pada 3 Mei 2009), Jurnal Protégé setiap Ahad jam 5.30 hingga 6.00 petang yang menyorot persediaan serta aktiviti protégé bersama mentor juga Jurnal Mentor iatu diari harian protégé akan ditayangkan setiap hari Isnin hingga Jumaat jam 7.28 malam.
Pastikan anda tidak ketinggalan untuk hadir ke sesi uji bakat pada 21 & 22 Mac untuk menjadi protege kepada Lah Ahmad dan Adibah Noor!

No comments:
Post a Comment