Thursday, May 14, 2009

Awas Bila AsetMu Rasa Terbakar

PERNAHKAH kamu mengalami rasa tidak selesa di bahagian asetmu?Awas! jangan sesekali memandang remeh. Jika kamu pernah mengalaminya, keadaan ini mungkin tidak berlaku secara kerap tetapi ia akan berulang dan kamu mungkin akan berasa pedih seperti terbakar setiap kali jangkitan itu menyerang.

Jika kamu pernah mendengar jangkitan Gonorrhoea, iaitu salah satu daripada banyaknya penyakit kelamin (Sexually Transmitted Diseases - STDs) yang kerap berlaku dikalangan lelaki dan perempuan. Gonorrhea boleh menjadi teruk sekiranya tidak dirawat dan akan memberi pelbagai komplikasi yang lain.

Malangnya ramai di antara mangsa Gonorrhea sehingga 80%, tidak menyedari mereka telah dijangkiti Gonorrhea. Ini adalah disebabkan dalam kebanyakan kes, jangkitan Gonorrhea tidak menunjukkan tanda-tanda awal yang ketara.

Apakah Tanda Kamu Dijangkiti?
Sekiranya kamu berasa was-was, biasanya mereka yang telah dijangkiti Gonorrhea menunjukkan tanda-tanda awal, di mana ia akan mula kelihatan ketara pada hari ke 2-7 selepas dijangkiti.

Manakala, sebayak 10% - 15% lelaki pula langsung tidak menunjukkan sebarang tanda jangkitan Gonorrhea. Sekiranya telah dijangkiti, kamu akan mengalami tanda-tanda seperti berikut:

Keluar cecair bewarna kekuningan (creamy) atau hijau daripada alat kelamin.
Sakit seperti terbakar apabila kencing.
Gatal-gatal pada bahagian dubur.
Radang (gatal-gatal) pada bahagian kerandut zakar atau vagina
Radang pada bahagian kelenjar prostat (boleh ditentukan dengan pemeriksaan doktor.)


Mereka yang tidak menunjukkan sebarang tanda pula sebenarnya menghadapi risiko lebih tinggi untuk mendapat komplikasi daripada jangkitan Gonorrhea yang teruk, dan tanpa disedari akan menyebarkan jangkitan Gonorrhea.

Dari tempoh jangkitan Gonorrhea akan terus merebak sehingga dirawat dengan betul. Jangkitan yang terdahulu tidak menjadikan seseorang imun kepada Gonorrhea, malah komplikasi boleh berlaku dengan lebih pantas berbanding mereka yang telah berpengalaman mengalami Gonorrhea kali pertama. Jangkitan kali kedua juga menambah risiko mendapat jangkitan HIV.

Golongan Yang Berisiko
Sesiapa yang aktif secara seksual boleh dijangkiti Gonorrhea, dan penyakit Gonorrhea lebih kerap merebak di kalangan golongan lebih muda iaitu antara 15 - 30 tahun.

Ini memandangkan tabiat golongan muda yang sering menjalinkan hubungan rambang lebih daripada satu pasangan. Gonorrhea juga lebih luas merebak dikawasan bandar berbanding kawasan luar bandar.

Selain itu peratusan kes Gonorrhea dikalangan kumpulan homoseksual juga dikatakan semakin meningkat. Di Amerika Syarikat sahaja, di anggarkan terdapat 800,000 kes telah dilaporkan setiap tahun.

Bagaimana Jangkitannya Boleh Berlaku?
Salah satu cara penyakit kelamin ini boleh merebak adalah disebabkan oleh jangkitan bakteria Neisseria gonorrhoeae yang merebak melalui hubungan kelamin. Di mana bakteria ini telah menjangkiti saluran pembiakan dalaman.

Adakala tanda-tanda Gonorrhoea mudah untuk dikesan, tetapi dalam kebanyakan kes penghidap Gonorrhea tidak menunjukkan sebarang tanda yang ketara. Kuman Gonorrhea boleh didapati pada bahagian berlendir badan seperti saluran pembiakan, zakar, dubur, kerongkong, faraj, dan serviks.

Bagi kedua-dua golongan lelaki dan wanita masalah jangka panjang bagi Gonorrhea yang tidak dirawat adalah bengkak sendi arthritis kategori gonococcal arthritis boleh menyebabkan sendi jadi bengkak dan kaku. Jangkitan darah "Fatal septicemia" yang boleh membawa maut, juga merupakan salah satu komplikasi yang boleh berlaku.

Walaupun punca Gonorrhea yang utama adalah melalui hubungan seks, Gonorrhea juga boleh merebak melalui kaedah yang lain. Gonorrhea juga boleh merebak melalui hubungan kelamin kelamin biasa. (30-50% lelaki, 60%-90% wanita.), alat kelamin ke mulut (Gonococcal pharyngitis) dan alat kelamin ke dubur.

Selain itu melalui jangkitan biasa antaranya dari ibu kepada bayi ketika proses kelahiran, melalui sentuhan pada bahagian yang sakit, melalui najis pesakit dan melalui pakaian yang bercampur dengan pakaian pesakit Gonorrhea ketika dibasuh.

Apakah Kesan Jangka Panjangnya?
Dianggarkan 2% daripada pesakit Gonorrhea yang tidak dirawat akan mengidap Jangkitan Gonococcal Meluas (Disseminated Gonococcal Infection (DGI)). Tanda-tanda jangkitan Gonococcal meluas antaranya :-
· Sakit sendi tulang (Gonococcal Arthritis)
· Demam
· Kudis pada kulit

Gonorrhea yang tidak dirawat juga boleh tersebar melalui salur darah dan boleh menjangkiti injap jantung, otak walaupun jarang berlaku, Epididymitis iaitu radang pada keradut zakar (testicles) yang boleh menyebabkan kemandulan, Gonococcal Arthritis atau sakit sendi tulang.
Bagaimana Mengelaknya? Cara terbaik mengelakkan Gonorrhea adalah dengan mengelak dari melakukan hubungan kelamin (bagi yang belum berkahwin) atau melakukan hubungan dengan pasangan yang dikahwini sahaja.

Bagi mereka yang mengamalkan cara hidup berisiko dan aktif secara seksual, mereka perlu mengamalkan cara yang selamat ketika melakukan hubungan kelamin seperti penggunaan kondom dengan betul, yang menutupi bahagian yang terkena jangkitan penyakit kelamin.
Penggunaan kondom dengan betul boleh mengelakkan penyebaran penyakit kelamin disamping mencegah kehamilan yang tidak dirancang.

Melakukan pemeriksaan lebih kerap dan secara berkala setiap enam bulan sekali juga boleh mengatasi masalah tersebut. Mereka juga perlu membersihkan tangan dengan teliti disebabkan bakteria Gonorrhea boleh merebak kepada mata.

Hubungan seksual perlu dilakukan dengan mereka yang diketahui selamat atau dengan satu pasangan sahaja dan dengan menggunakan kondom. Elakkan daripada melakukan hubungan rambang.

Mendapatkan penerangan terperinci dengan melawat klinik penyakit kelamin (sexually transmitted disease (STD) clinic), hospital, doktor, atau pengamal perubatan. Terdapat banyak rawatan yang lebih tertumpu kepada bagi mengenalpasti penyakit tersebut dengan lebih tepat.

No comments:

Post a Comment