
Intan Sayang Manja mengisahkan tentang tiga beradik iaitu Sakinah, Muaz dan Hambali. Muaz merupakan anak sulung sering rasa terpinggir dan terasa hati terhadap Hambali kerana lebih dimanjakan oleh ibu mereka, Hjh Habsah lantaran bimbangkan penyakit lelah adiknya itu. Mereka sering bersengketa kerana perasaan iri hati sehingga menyebabkan perhubungan mereka semakin renggang.
Persengketaan dua beradik ini semakin memuncak apabila Hambali merampas Marissa tunang Muaz. Bagi Hambali, Muaz tidak bersungguh-sungguh mencintai Arissa dan bagi Arissa pula Muaz tidak berterus terang tentang perasaan cintanya membuatkan cintanya beralih arah.

Puas Sakinah memujuk abang kesayangannya itu namun, Muaz tetap dengan pendiriannya. Hambali ditimpa musibah apabila Arissa dan anak-anak terlibat dalam kemalangan jalanraya yang telah meragut kesemua nyawa. Setelah 5 tahun, Muaz kembali. Persengketaan yang lebih dasyat berlaku dan kini ia melibatkan Sakinah! Apakah musibah yang melanda keluarga ini lagi?
No comments:
Post a Comment