Drama bersiri yang memaparkan perjalanan kehidupan penuh tragis ini akan mula bersiaran pada 30 April 2009 menerusi slot Samarinda. Suria Kasandra dibintangi oleh Intan Ladyana, Jehan Miskin, Ery Putra, Rozie Othman, Almy Nadia dan Rem.
Menurut Pengurus Besar Kumpulan Pengurusan Jenama TV3, Puan Nurul Aini Abu Bakar, “Drama ini berkonsepkan drama berat yang menyingkap kisah cinta dan pengorbanan, digarap penuh dengan penghayatan romantis dan mengharukan.

Drama ini mengajak penonton berfikir makna kebahagiaan sebenar dalam hidup dan memaparkan sebuah cinta agung yang terjalin antara seorang seorang gadis hartawan bernama Suria Kasandra dan pemuda dari sebuah keluarga nelayan bernama Jehan.
Suria Kasandra menarik penonton agar mengambil iktibar dengan perjalanan plot drama yang menarik dan secara tak langsung membekalkan maklumat yang bermanfaat. Ia juga membina jiwa kental dan mendidik para penonton secara tidak langsung untuk tabah melalui pelbagai ujian dalam kehidupan.”
Suria Kasandra tinggal bersama ibunya, Jamilah setelah kematiannya bapanya, Rejab. Setelah kematian suaminya, Jamilah menguruskan perniagaan, Suria Holding Sdn Bhd yang mempunyai kepentingan dan pelaburan besar dalam bidang pelancongan dan perhotelan. Suria masih lagi menuntut di institut pengajian tinggi ketika itu sering merasa kasihan melihat ibunya bertungkus lumut menguruskan syarikat.
Suatu hari, Suria dan ibunya pergi ke Pulau Pangkor untuk melawat pusara dan keluarga arwah Rejab. Ketika di sana, Suria mengalami kecedaraan kecil dan sewaktu itu dia bertemu dengan Jehan yang bekerja sebagai nelayan.

Sejak dari peristiwa tersebut, Suria sering bertemu dengan Jehan secara sembunyi kerana bimbang hubungan mereka dihidu oleh Jamilah yang memandang rendah kepada Jehan kerana statusnya sebagai anak nelayan. Namun, perhubungan mereka diketahui oleh Jamilah dan dia membuat tindakan untuk menjodohkan Suria dengan orang kepercayaannya, Saiful.
Memberontak dengan pilihan Jamilah, Suria mengambil keputusan untuk melarikan diri dari rumah. Jamilah yang bimbang akan kehilangan anaknya itu terpaksa memberikan persetujuan namun dia tetap berhasrat untuk memisahkan mereka.

Pelbagai konflik yang dialami sehingga Suria terpaksa berhati-hati dengan setiap langkahnya. Suatu hari, Saiful datang bersama Malik ke rumah Suria dan memintanya pulang ke rumah atas alasan ibunya sedang sakit. Pergaduhan telah tercetus dan mengakibatkan Malik terbunuh. Suria yang ketika itu sedang mengandung terpaksa menerima hakikat yang perih terpaksa berpisah dengan suaminya yang dijatuhi hukuman penjara 20 tahun.
Dapatkah Suria mengharungi kehidupannya yang baru sahaja bermula sebagai seorang isteri dan bakal ibu tanpa suami tersayang di sisi? Bagaimana pula nasib Jehan di penjara? Mungkinkah kebahagiaan yang dicari dapat dikecapi oleh pasangan ini akhirnya? Saksikan drama hebat Suria Kasandra di TV3 setiap Selasa hingga Khamis, jam 10.30 malam.

No comments:
Post a Comment