Tuesday, May 12, 2009

Indahnya Persahabatan Bila...

SETENGAH orang kata, biar hilang kekasih jangan hilang sahabat. Mengapa agaknya ya? Mungkin kerana banyak perkara yang di kongsi bersama sahabat takkan bisa dikongsi bersama kekasih. Malah 71 peratus wanita bersetuju, mereka bisa menjadi diri sendiri apabila bersama teman baik mereka. Maknanya, mungkin ramailah yang akan bersetuju dengan pendapat Frenz! ini. Sememangnya, kamu akan menikmati keindahan persahabatan...

Apabila Ada Telus Dan Ikhlas
Fikirkan apa yang dapat kamu berikan kepada sahabatmu dan bukan apa yang dapat kamu perolehi dari persahabatan yang terjalin itu. Usah menjalinkan ikatan semata-mata untuk meraih kesenangan diri sendiri. Malah, hargai mereka sebagaimana kamu ingin dihargai.

Apabila Tiada Hasad dan Dengki

Dukunglah sahabatmu. Sahabat sejati selalunya saling memberi semangat dan mendorong supaya mereka bersama-sama dapat menjadi yang terbaik bukannya saling menjatuhkan. Ia turut berbahagia ketika sahabatnya berhasil mencapai apa yang diinginkannya dan tidak merasa tersaingi.

Apabila Ada Kemaafan
Bersedia untuk memaafkan Jangan biarkan 'uka berkembang menjadi kepahitan lantaran ia hanya akan menghancurkan persahabatan yang ada. Maafkan kesalahan yang dilakukan sahabatmu dan usah sesekali membiarkan luka itu memporak perandakan ikatan kalian.
Berkongsi minat bersama teman-teman bisa mengeratkan kemesraan

Apabila Ada Kesabaran
Usah sesekali menggunakan kesalahan yang dilakukan temanmu sebagai salah satu cara untuk menunjukkan betapa kamu peduli terhadapnya. Elakkan meninggalkan dirinya kala dia melakukan kesalahan. Bersabar dan tuntunlah dia untuk berubah. Sedarilah bahawa tidak ada orang yang sempurna di dunia ini.

Apabila Saling Menepati Janji
Menepati janji adalah kriteria yang tidak kurang penting demi membina perasaan antara satu sama lain. Jadilah sahabat yang menepati janji dan kotakan janji yang telah kamu ucapkan.

Apabila Tidak Saling Mengongkong
Jangan cuba untuk mengongkong hidup sahabatmu. Bersahabat bukan bererti harus dan perlu selalu bersama-sama . Pastinya sangat menyenangkan apabila dapat selalu bersama dengan orang yang dikasihi. Namun ingat, sahabat kita itu bukan monopoli kita sendiri memandangkan ia juga mempunyai teman lain selain kita. Untuk itu jangan merasa dikhianati ketika temanmu bergaul dengan yang lain, sebaliknya usahakan agar kamu juga dapat berteman dengan mereka. Hal ini akan membuat kita dan sahabat kita lebih menghargai satu sama lain.

Apabila Saling Memahami
Selalu bersama tidak kira dalam apa jua situasinya. Bergembiralah bersama mereka tidak kira saat bergembira dan berduka. Namun, jangan pula menghadkan perhatian kamu di saat senang saja. Ketika sahabatmu sedang kesal akan sesuatu, berikan mereka perhatian. Apa yang paling diperlukan dari seorang sahabat adalah sepasang telinga yang simpati dan yang mahu memahami perasaan mereka.
Saling Menerima Seadanya
Menerima apa adanya sahabatmu adalah antara sikap terpuji yang perlu ada demi menjamin sebuah perhubungan yang indah. Jangan menuntut sahabatmu untuk bereaksi dengan cara yang sama seperti yang biasa dilakukan. Hargailah dia apa adanya termasuk juga keputusan yang diambil yang mungkin tidak sesuai dengan kehendak kamu.

Apabila Saling Menjaga Rahsia
Itu adalah virus paling bahaya dalam sebuah ikatan persahabatan. Jangan sesekali kamu menjadi teman yang bermuka-muka dan sanggup memburuk-burukkan teman sendiri di belakangnya. Belajarlah menyimpan rahsia demi menjamin kebahagiaan persahabatan kalian berkekalan.

Apabila Saling Tolak Ansur
Jangan biarkan perbezaan pendapat menghancurkan persahabatanmu. Misalnya kamu sedang berdiskusi dengan sahabatmu dan waktu kamu mengemukakan pendapat yang menurut kamu benar ternyata ia tidak setuju. Apabila itu terjadi, jangan terus berdebat yang hanya akan membuat kamu berdongkol hati. Tetapi bertolak ansurlah dengan berfikir secara positif.

No comments:

Post a Comment